Monday, February 22, 2010

Suka Kerja Kerajaan...

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.

http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=windz_2503


P/S :Aku RIDZUAN NURUDDIN (wan) Jawatan : PEREKA Majikan : RTM
Hampir 6 tahun aku berkhidmat ngan kerajaan nie...Cubalah e book ni..Insyaallah...Kongsi
ilmu adalah wajib dan dituntut....

RAHSIA KERJA KERAJAAN

Aku dah hampir masuk 6 tahun kerja kerajaan...Cubalah e-book ini...Rahsia dan tips-tips berguna...Pada sesapa yang nak kerja kerajaan tapi x lepas-lepas bila temuduga...Daripada aku RIDZUAN NURUDDIN (Wan) Jawatan : PEREKA Majikan : RTM

Klik pautan ini :


Saturday, October 24, 2009

Lagi Kisah Reunion & Alumni SMS 2009...

....untuk tatapan rakan-rakan....buat pengetahuan semua,aku tengah edit gambar-gambar kita tu untuk dijadikan satu custom album....memandangkan aku pun tgh sibuk,aku cuba buat sikit-sikit dan dapatlah rakan-rakan lain menatapnya di perjumpaan yang akan datang....

Kepada sesiapa yang berminat utk mendapatkan album tersebut, tunggu sehingga aku keluarkan sampel dulu yer....Insyaallah....

P/S :Rohaya,kalau ada gmbr yg menarik lg ms majlis tersebut,boleh bg kepada aku x utk dimasukkan sekali dlm custom album tu nnti....

Wednesday, October 21, 2009

JEMPUTAN 'OPEN HOUSE' IZZUDIN SHAH

Tarikh :25 Oktober 2009 Ahad

Mula : 3.00 ptg hingga 9.00 mlm

Tempat :62, Jln.Pulau Lumut U10/76G,Taman Alam Budiman,Sek.U10,Shah Alam (selepas UiTM Puncak Perdana)

P/S : Untuk pengetahuan semua AJK Alumni SMS yg telah dilantik, kita akan membuat perjumpaan 'Post-Mortem' untuk majlis Reunion & Alumni SMS yang lalu...Kita akan membuat perjumpaan pada tarikh yg sama tetapi pada waktu tengahari...selepas perjumpaan tersebut,kita akan bergerak terus ke rumah Izzudin Shah...Perjumpaan akan diadakan di Plaza Alam Sentral,S.Alam...Perjumpaan tidak terhad pada AJK sahaja,tetapi pada rakan-rakan yg ada kelapangan...Lagi meriah...

Untuk menambahkan aktiviti sebelum perjumpaan,kita akan mengadakan perlawanan boling di Tkt 4,Plaza Alam Sentral tu...hehehe...(sekiranya berminat...)

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi Najib atau Ridzuan...

Tuesday, October 20, 2009

REUNION & ALUMNI S.M.S

Tanggal 17 Oktober 2009 Sabtu jam 2.00 ptg, buat pertama kali dalam sejarah Sek.Men.Keb.Slim,Slim River, di mana beberapa bekas pelajar dari sekolah tersebut, telah berjaya membuat satu perjumpaan iaitu majlis REUNION & ALUMNI S.M.S. bagi semua bekas-bekas pelajar tahun 1996...Alhamdulillah, setelah beberapa kali membuat mesyuarat kecil (sejak sebelum puasa lagi, Najib,Suhaili,aku(Wan),Hasrul (Along), Hazil, Fadil (Abam), Mizi dan beberapa bekas pelajar lain merancang) majlis ini berjaya dijalankan dalam serba ringkas tapi meriah...Dengan kerjasama pihak Sek.Men.Keb.Slim iaitu Pengetua Sekolah dan beberapa orang guru (Hj.Zain dan Hjh.Rusilah terutamanya) majlis ini dapat disempurnakan di Dewan Makan Asrama SMS...PAUSE (akan disambung lagi...)

Saturday, October 3, 2009

Takziah kepada Allahyarhamah Ibu kepada Ahmad Shah (ABU)

Takziah kepada Allahyarhamah ibu kepada rakan SMS kita Ahmad Shah (Abu Balun)...Al-Fatihah...Semoga dicucuri rahmat Allah hendak-Nya...Amin

ATURCARA REUNION...

Ini merupakan rangka aturcara yang telah disusun (mungkin akan berubah mengikut keadaan) oleh AJK Program yg telah dilantik...

Berikut adalah aturcara yg telah dirancangkan :

2.00 - 2.30 ptg-Pendaftaran peserta
2.30 - 2.35 ptg- Ucapan Pengerusi
2.35 - 2.45 ptg- Ucapan Pengetua ?wakil PIBG
2.45 - 3.00 ptg- Pelancaran Alumni Sek.Men.Slim oleh Pengetua /Wakil PIBG
3.00- 4.00 ptg -Jamuan makan & Sesi Bergambar
-Taklimat Khas berkenaan Alumni oleh Pengerusi
1)Pengenalan AJK Alumni
2)Pengenalan Alumni
3)Kewangan
4)Aktiviti-aktiviti Alumni -Rasmi
-Tidak Rasmi
4.00-5.00 ptg- Sukaneka
1)Gula-gula dalam tepung (lelaki)
2)Tarik Tali (Lelaki)

5.00-6.00 ptg- Penyampaian hadiah
6.00 ptg hingga selesai -Penutup & Bersurai
-Gotong-royong (AJK)